HARI ANUGERAH CEMERLANG
20 NOVEMBER 2014
![]() |
Pasukan Kompang SKS2 |
![]() |
Dayang-dayang |
![]() |
Bukti bertugas hehehe. |
![]() |
Sihat2 belaka... |
![]() |
Senyum ceria... |
![]() |
Mengiringi En.Ahmad Johaan bin Othman |
![]() |
Pakai jubah kali ke berapa tu? |
![]() |
Murid2 cemerlang |
![]() |
Ustaz Che Rahmat memimpin bacaan doa |
![]() |
Ucapan GB |
![]() |
Cantik tak cikgu? Cantiiiiiikkk.... |
![]() |
Hadirin yang dikasihi |
![]() |
Persembahan pelajar |
![]() |
Tahniah |
![]() |
Syabas |
![]() |
Congratulation... |
![]() |
Pandai anak murid cikgu... |
![]() |
YDP PIBG diiringi oleh En.Azman PK 1 |
![]() |
En.Ahmad Johaan diiringi oleh Pn.Siti Awa Guru Besar |
![]() |
Tahniah |
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan HAC kali ini. Syabas!...
ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2014
Ujian Diagnostik. Kacang jer...
Tekun nye....
Cikgu kenapa saya tak sama berat dengan cikgu?
Ni...bila nak panjang ni.....
Negaraku....tanah tumpahnya darahku....
YDP PIBG En.Zulkipli, GB Pn. Siti Awa dan PK 1 En. Azman
Pengacara majlis yang bersopan santun
GB sedang memberikan ucapan
Ibubapa murid tahun 1 dan prasekolah
Kaunselor yang penyayang Pn.Norhazlina
Pn.Rohaya cikgu Matematik yang comey...
Eeeee....saya dah sekolah tau...
En.Imran memberi penerangan berkenaan disiplin sekolah
Tinjau apa tu????
Parent melimpah ruah ke luar dewan.
Guru Prasekolah Pn.Noradila dan YM Raja Rohaya bersama GB
Cikgu BM Pn.Sherryna yang baik hati
Majlis Persaraan Pn.Hjh.Saadah bt. Ismail
4 Julai 2013
Jasamu dikenang sampai bila-bila. Selamat bersara Pn.Hjh.Saadah.
***********************
Jejak Menara Gading 2013
SENDI CLUB UIAM
Pada 26-28 April, Kelab SENDI telah mengadakan program terakhir untuk sem ini bersama murid-murid tahun 6 sekolah dan tiga buah sekolah lain yang dinamakan program "JEJAK MENARA GADING" khususnya untuk adik adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Hari Pertama, Jumaat (26/04)
Program bermula jam 3 ptg, ketibaan para pelajar dari SK Menjalara, SK Sentul (2), SK Taman Bukit Maluri dan SK Batu Muda ke UIAM Gombak, Selangor.
SESI PENDAFTARAN |
Taklimat ringkas diberikan oleh fasilitator mengenai program kemudian solat Asar berjemaah dan diteruskan dengan makan malam serta solat Maghrib berjemaah yang di imamkan oleh Br. Aizuddin.
SESI TAKLIMAT |
SOLAT ASAR BERJEMAAH |
SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH |
MODUL 1: ICE BREAKING "KUMPULAN SAYA, KUMPULAN KAMI"
Objektif modul pertama ini adalah untuk merancakkan komunikasi antara ahli kumpulan, mengasah kreativiti mereka dalam mencipta cheers dan bendera kumpulan serta melatih sifat kerjasama antara mentee.
SUPPER: DONAT & KEK PISANG :) |
Adik adik mentee dibangunkan pada jam 5 pagi untuk sesi Qiyamullai dan solat Subuh.
SENAMAN PAGI YANG DIKETUAI OLEH BRO. AIZUDDIN |
setelah selesai senaman, adik adik mentee dijamukan dengan sarapan pagi yang menarik :)
SIS AKMAL MEMBERI SEDIKIT PERKONGSIAN |
MODUL 2: LEARNING IS FUN
Aktiviti diteruskan dengan modul kedua yang bertajuk "learning is fun" dimana adik adik mentee harus melalui ke semua check point untuk menamatkan aktiviti ini. Di setiap check point telah di bahagikan kepada beberapa subjek iaitu sains, matematik, bahasa Melayu, English & pendidikan Islam. Objektif modul ini adalah untuk menyampaikan pelajaran melalui cara yang menarik dan menyeronokkan disamping dapat memupuk sifat tolong menolong antara pasukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Sesudah tamatnya aktiviti modul 2, adik adik diberikan makan tengahari dan solat Zohor.
Disebelah petang pula, sebelum melakukan aktiviti senaman, adik adik dijamu bubur kacang bagi menambah tenaga untuk bersukan :)
MAKAN MALAM |
SOLAT MAGHRIB DIIMAMKAN OLEH SALAH SEORANG MENTEE |
USTAZ FUAD |
SLOT SENTUHAN NURANI |
Setelah selesai ceramah motivasi tersebut, adik adik mentee meneruskan aktiviti terakhir untuk hari yang kedua iaitu, NIGHT WALK. Pasti ramai yang gerun apabila mendengar night walk kan? ianya bukan semata mata untuk menakutkan adik adik, tetapi untuk menguji tahap keberanian mereka dan sekali gus dapat mengingatkan mereka bahawa kepada Pencipta tempat kita meminta pertolongan dan kedengaran alunan zikir dari bibir adik adik mentee dikala mereka di bawa berjalan malam tersebut.
Hari Terakhir, Ahad (28/04)
Seperti biasa adik adik mentee menunaikan solat Subuh berjemaah dan setelah itu melakukan senaman ringkas. Aktiviti dimulakan dengan Explorace yang bertajuk "Menggapai Puncak". Modul ini bertujuan supaya adik adik mengenal pasti matlamat seorang pelajar dan menganalisa persekitaran sekeliling bagi mencapai matlamat tersebut.
Selepas modul ini, adik adik mentee diminta untuk membuat persiapan diri dan mengemas barang barang mereka untuk dibawa pulang ke rumah masing masing.
Acara penutupan majlis diadakan di Experemental Hall, IIUM dan dihadiri oleh wakil guru dan guru besar dari setiap sekolah dan juga wakil dari CENSERVE iaitu Bro. Lotfi.
KETIBAAN PARA VIP |
OPENING GIMMICK OLEH BEBERAPA MENTOR |
KATA KATA ALUAN OLEH BRO AZNIL SELAKU PM PROGRAM INI |
UCAPAN OLEH GURU BESAR SK SENTUL 2 SELAKU WAKIL GURU |
UCAPAN OLEH WAKIL CENSERVE |
PEMBERIAN HADIAH UNTUK MENTEE TERBAIK |
PERSEMBAHAN LAGU TEMA PROGRAM JMG OLEH PARA MENTEE DAN MENTOR |
Dengan berakhirnya persembahan oleh para mentee dan mentor, maka tamatlah program Jejak Menara Gading bagi tahun ini. Mudah-mudahan adik adik mentee dapat mempelajari sesuatu dan dapat mempraktikkan segala tips dan pelajaran yang diberi dalam kehidupan seharian mereka.
Jutaan terima kasih kepada pihak guru dan wakil Censerve yang sudi datang serta tak lupa juga kepada para ibubapa yang masih menyokong dan mempercayai Kelab Sendi dengan memberi peluang anak anak mereka menyertai program ini.
Tidak lupa juga terima kasih kepada pasukan komiti dan mentor yang sudi meluangkan masa cuti mereka selama 3 hari ini untuk mereliasasikan program ini.
Sekian.
***********************
HARI ANUGERAH CEMERLANG
7 NOVEMBER 2012
![]() |
Para Graduan Tahun 6 yang comel |
![]() |
YDP PIBG, Guru Besar, Tetamu, PK HEM & PK Koko |
Sebahagian kecil guru2 SKS2, Maaf gambar yg lain tak ada...