Thursday, May 18, 2017


Guru bagaikn NTV7 kerana 'ceria selalu'..
Kadang guru seakan TV3 'menjadi inspirasi hidupku'..
Yang pasti guru juga TV9 'dekat dihatiku'..
Yang paling penting guru macam ASTRO 'macam macam ada'..

SELAMAT HARI GURU

Thursday, January 26, 2017

Tahun baru 2017

Assalamualaikum wbh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Selamat tahun baru 2017. Terlalu pantas masa berlalu, rasa baru saja kita bertungkus lumus menjayakan semua program tahunan 2016, sedar tak sedar dah lama pulak kita tinggalkan tahun 2016. Semasa ruangan ini dinukilkan, sudah sebulan berlalu tahun 2017. Betapa masa terlalu cepat berlalu, kalau kita tidak seiring bersama masa pasti masa akan meninggalkan kita jauh ke belakang. Oleh itu mari lah kita bersama-sama melihat masa depan, bertindak bijak dengan memandang jauh seminggu, sebulan atau beberapa bulan ke hadapan, supaya kita tidak terleka dan terlepas pandang. Jangan lihat ke belakang, kerana masa lalu adalah sejarah yang mengajar kita supaya lebih berhati-hati.

Semua warga SKS yang saya sayangi,

Mari bersama saya menjadikan sekolah kita cemerlang dalam semua bidang kerana saya percaya kepada potensi setiap orang yang berada di sekolah ini. Gunakan peluang yang ada, bekerja dengan penuh integriti dan melimpah ruah dengan kasih sayang kepada sesiapa saja di sekitar kita dan suka dengan tugas yang telah diamanahkan, maka sudah pasti:

Murid suka datang kerana guru tidak garang
Guru suka ke kelas kerana murid tak malas
Pentadbir tidak terlepas pandang, guru rasa disayang
PIBG suka membantu kerana itu kita bersatu
Ibu bapa suka ke sekolah kerana guru ramah
Petugas kebersihan tak jemu bertugas kerana itu sekolah terhias
Tukang kebun rajin berkebun, semua nampak tersusun
Pengawal menjaga pagar kerana itu memang wajar

Semoga tahun 2017 akan memberikan segala yang terbaik untuk SKS2. Wasalam.

Salam kasih sayang,

Siti Awa bt. Jamil

Monday, September 7, 2015

BROGA HILL CHALLENGE 2017

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing, mountain, sky, outdoor and nature

BROGA HILL CHALLENGE 2017


Image may contain: 3 people, people standing, sky, child, outdoor and nature
YES......BERJAYA SAMPAI KE PUNCAK



Image may contain: 2 people, people standing, mountain, sky, outdoor and nature
Napok nu belakang, rama saing....
Image may contain: 3 people, people standing, mountain, sky, outdoor and nature
Bessssst...








LAWATAN KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
18-19 SEPT 2015


Santai depan USS

Menunggu untuk masuk ke Singapore

foooyo.....ada body guard

lambat lagi ke ni???

Kenangan manis depan USS

Aku pat kali naik roller coaster beb....

Mata seorang guru....

SKS 2 was here.....

ni kereta cikgu nih....

rindu kat makk......

Tahniah Cikgu Shahfulrizal, Cikgu Rafi, Pn.Rozawati dan Cik Nurain kerana telah berjaya menguruskan lawatan ke USS dengan jayanya. Syabas murid-murid tahun 6 yang sporting dan menjaga tingkah laku dengan baik. Terima kasih En.Azman Mohd Razali GPK Tadbir dan Kurikulum yang bertindak selaku marshall memastikan semua peserta selamat pergi dan balik. Yang pasti kenangan terindah di Singapura tetap terpahat diingatan.

Terima kasih GB dan seluruh warga SKS 2 yang disayangi.






Cuba sehabis daya, buat yang terbaik. Selamat berjuang buat 112 orang calon UPSR 2015
Image may contain: 2 people, people standing, sky, mountain, outdoor and nature
Pape pong sefie dulu ah....



Salam kasih sayang daripada,

Guru Besar dan guru2 SKS2

Saturday, April 18, 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA & PENOLONG KETUA KELAS 2015


Image may contain: 16 people, people standing and outdoor


Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, shoes, child, tree, grass, outdoor and nature














KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SKS 2 TAHUN 2017




Image may contain: outdoor Image may contain: one or more people, people sitting and indoor



Image may contain: 5 people, people standing and outdoor  Image may contain: one or more people, people playing sports, people on stage, shoes, child, tree, sky, outdoor and nature




Image may contain: 11 people, people standing and outdoor
Latihan menguatkan minda dan stamina




Program tahunan di bawah GPK HEM pada tahun ini diadakan di Akademik Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson Negeri Sembilan pada 3-5 April 2015.

Pada tahun ini, Ketua & Penolong Ketua Kelas Tahun 3, 4, 5 & 6 di bawa bersama menyertai Kursus Kepimpinan yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerajasama Badan Displin & Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah.






Program bertemakan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" di mana diakhir program pelajar-pelajar akan dapat:

1:  mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pengawas
2:  mengetahui dan mendalami peraturan sekolah
3:  menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan
4:  mendisplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Seramai 98 pelajar-pelajar telah menghadiri kursus ini dengan penyertaan terdiri daripada:
65 Pengawas Sekolah
20 Pengawas Pusat Sumber
13 Ketua/Pen Ketua Kelas

Sebelum pulang pelajar-pelajar di bawa melawat Muzium Angkatan Tentera Port Dickson.Terima kasih kepada DBKL Cawangan Batu kerana menaja 2 buah bas Persiaran untuk membawa pelajar-pelajar ke Port Dickson. Tak lupa juga kepada AJK PIBG dan ibubapa yang telah hadir menberi dorongan kepada anak-anak mereka ketika berkursus di sini.


Sekalung tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam kursus ini.



PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2015

Program setengah hari anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Guru-Guru Tahun 6 & PIBG SK Sentul 2 telah diadakan pada 7 Mar 2015 di Dewan SK Sentul 2.

Program bertemakan "SELANGKAH MENEMPA KECEMERLANGAN" bermatlamatkan mendedahkan hala tuju pelajar-pelajar Tahun 6 dengan kemahiran belajar secara berkesan  dan membina keyakinan dan menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk terus berusaha mencpai kecemeralangan UPSR.


Tahniah pada Pn Rozita Ramli selaku Guru Kaunselor kerana berjaya menjalankan program yang mantap walaupun baru saja berpindah ke SK Sentul 2 pada bulan Jan 2015. Turut sama dalam program ini adalah kehadiran ibubapa pelajar-pelajar Tahun 6 dalam slot motivasi bersama pelajar.









Sunday, June 1, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Buat julung kalinya Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dikendalikan sepenuhnya oleh PIBG Ibubapa yang berlangsung pada 27 Mei 2014. Terima kasih pada Guru Besar Pn Siti Awa kerana memberi kepercayaan penuh pada PIBG Ibubapa untuk merancang dan melaksanakan sambutan pada tahun ini serta memilih calon guru untuk Anugerah Guru 2014.

Aturcara sambutan dibahagikan pada 2 segmen iaitu Sukaneka dan persembahan Guru. Acara pertama Sukaneka dimulai dengan guru-guru dikehendaki membuat arca Jambatan Putrajaya @ Kapal @ Menara KLCC @ Kipas daripada nenas kemudian acara Menghiasi Kek. Disusuli pula acara Bowling Kelapa dan Pakaian Beragam daripada bahan kitar semula dengan setiap kumpulan guru dikehendaki memperagakan sebagai seorang Nenek Kebayan dan Pak Tani.

Persembahan Guru menyaksikan guru-guru lelaki mempersembahkan Dikir Barat yang diketuai oleh Cikgu Wan Ahmad Nazri sebagai tukang karotnya. 

Manakala guru-guru wanita pula mempersembahan nyanyian lagu medley yang diterajui oleh Cikgu Suweibah dan Pn Siti Rafidah. Pelajar-pelajar lelaki turut menghiburkan guru-guru mereka dengan persembahan nyanyian lagu Nasyik dan persembahan Boria oleh pelajar perempuan.


Beberapa Anugerah Khas telah dinilai oleh para pentadbir sekolah dan di menangi oleh :

1:   ANUGERAH PERSEDIAAN BUKU REKOD TERBAIK
      >>  Pn Norazwa
      >>  Pn Noormasila

2:   ANUGERAH PAPAN BULETIN
      >>  LINUS - Pn Norazwa
      >>  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM - Pn Siti Hajar

3:   ANUGERAH BUKU REKOD KEDATANGAN TERBAIK
      >>  Pn Isrizai
      >>  Pn Rozita

4:   ANUGERAH GURU PALING POPULAR
      >>  En Rizal Hamsin

5.  ANUGERAH GURU PALING CERIA
     >>  Pn Noormasila
     >>  En Mohd Jundi

6.  ANUGERAH GURU PALING PENYAYANG
     >>  En Azamlishah
     >>  Pn Azizah

7.  ANUGERAH GURU PALING SPORTING
     >>  En Shahfulrizal
     >>  Pn Erna Yuliaty

8.  ANUGERAH GURU PALING KREATIF
     >>  En Rizal Hamsin
     >>  Pn Siti Hajar

9.  ANUGERAH GURU PALING TEGAS
     >>  En Wan Ahmad Nazri
     >>  Pn Marehan

10.  ANUGERAH STAF PEJABAT TERBAIK
       >> Pn Siti Rafidah

Bagi Anugerah Guru 2014 (menggantikan Tokoh Guru sebelumnya), pentadbir sekolah telah mencalonkan 6 orang guru untuk PIBG menilai dan membuat pemilihan terakhir. Mereka yang dicalonkan adalah :

1:   Pn Azizah Md Daud
2:   Pn Haziah Ab Rahim
3:   Pn Raja Rohaya Raja Berahim
4:   Pn Nur Sherryna Abdullah
5:   En Fadzil Chengring
6:   En Shahfulrizal Abdul Hamid


Berdasarkan biodata dan sisnopsis yang dibekalkan, Jawankuasa PIBG Ibubapa telah menganugerahkan ANUGERAH GURU 2014 pada En SHAHFULRIZAL ABDUL HAMID.





Tuesday, April 1, 2014

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


HARI PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
14 0G0S 2015

Murid-murid SKS 2

Bersemangat dengan bendera di tangan

Tengok.....aku sorang je ada bendera, ko ade....

Perasmian oleh En.Azman bin Mohd Razali GPK T & K

Penyerahan jalur gemilang

Semangat nak nyanyi dah tu...

Cikgu dah sedia untuk menyanyi

Jalur gemilang di tangan pewaris bangsa

Tahniah kepada gabungan panitia Kajian Tempatan, Pend.Sivik & Kewarganegaraan dan panitia Sejarah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan majlis pelancaran dan acara sambutan sepanjang bulan kemerdekaan. Merdeka! Merdeka ! Merdeka







INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA, SABAK BERNAM
28 - 30 MAC 2014































Tahniah kepada Guru Besar,GPK HEM En.Zainin. Kredit kepada semua guru yang melibatkan diri, YDP PIBG En.Zulkipli, Guru Disiplin En. Khairul, Penyelaras PSS Pn. Azizah, Pembimbing Kerohanian Us.Hasan Basri dan Kaunselor SKS2 Pn. Norhazlina.