KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SKS 2 TAHUN 2017
Latihan menguatkan minda dan stamina |
Program tahunan di bawah GPK HEM pada tahun ini diadakan di Akademik Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson Negeri Sembilan pada 3-5 April 2015.
Pada tahun ini, Ketua & Penolong Ketua Kelas Tahun 3, 4, 5 & 6 di bawa bersama menyertai Kursus Kepimpinan yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerajasama Badan Displin & Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah.
Program bertemakan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" di mana diakhir program pelajar-pelajar akan dapat:
1: mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pengawas
2: mengetahui dan mendalami peraturan sekolah
3: menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan
4: mendisplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Seramai 98 pelajar-pelajar telah menghadiri kursus ini dengan penyertaan terdiri daripada:
65 Pengawas Sekolah
20 Pengawas Pusat Sumber
13 Ketua/Pen Ketua Kelas
Sebelum pulang pelajar-pelajar di bawa melawat Muzium Angkatan Tentera Port Dickson.Terima kasih kepada DBKL Cawangan Batu kerana menaja 2 buah bas Persiaran untuk membawa pelajar-pelajar ke Port Dickson. Tak lupa juga kepada AJK PIBG dan ibubapa yang telah hadir menberi dorongan kepada anak-anak mereka ketika berkursus di sini.
Sekalung tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dalam kursus ini.
No comments:
Post a Comment