Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dengan penyertaan seramai 8 peserta dari kalangan guru-guru dan 6 peserta dari kalangan ibubapa dengan sumbangan Rm450 untuk satu bahagian. Mereka terdiri daripada :
1: Pn Siti Awa Jamil - 1 bahagian
2: En Azman Mohamad Razali - 1 bahagian
3: Ust Hasan Basri Samion - 1 bahagian
4: Pn Nurul Aida Zakaria - 1 bahagian
5: Cik Siti Nor Ain Zainal - 1 bahagian
6: En Mohd Yusmizam Mat Yusof - 1 bahagian
7: Ust Nik Azamlishah Wan Hussin - 1 bahagian
8: Hjh Saadah Ismail & Keluarga - 6 bahagian (mantan Guru SKS 2)
9: Pn Ku Norhayati Imam Asmawi - 1 ekor
10: En Azli Azman & Keluarga - 4 bahagian
11: En Mohd Zailani Mohammed Nor - 1 bahagian
12: Tengku Ahmad Afifi Tengku Mohamed - 1 bahagian
13: Pn Shahrani Hassan - 1 bahagian
14: En Zulkipli Hj Mohd Shaarif - 1 bahagian
Program Qurban ini mendapat kerjasama penuh dari PULAPOL dengan penyertaan seramai 13 anggota yang membantu untuk melapah lembu dan pihak Masjid Al-Hidayah, Sentul yang memberikan khidmat nasihat dan pinjaman beberapa-beberapa peralatan. Di samping itu 52 orang ibubapa telah memberi persetujuan untuk hadir membantu menjayakan Qurban ini.
Program cetusan idea daripada En Zainin GPK HEM yang bermula pukul 8 pagi ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya malah ianya dapat disempurnakan sekitar pukul 10:30 pagi lebih awal daripada jangkaan awal. Seramai 60 daripada 100 orang pelajar miskin yang hadir telah menerima 1 kg daging setiap orang.
No comments:
Post a Comment