Tuesday, January 14, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014

Sesi persekolahan 2014 bermula pada 2 Jan 2014 hari Khamis di mana kemasukan pelajar baru Tahun 1 seramai xxx orang. Komposisi mengikut jantina adalah xx pelajar lelaki & xx pelajar perempuan di mana xx% merupakan pelajar beragama Islam.

Terdapat 25 buah kelas dengan Tahun 6 dikurangkan menjadi 4 buah kelas manakala Tahun 5 ditambah menjadi 5 buah kelas berbanding tahun lepas. Bagi meneruskan kecemerlangan sekolah, pelajar-pelajar Tahun 6 akan memulakan kelas tambahan sebelah malam selama 3 hari (Isnin, Rabu & Jumaat) bermula pada 6 Jan 2014 selama 2 bulan yang dikendalikan oleh guru-guru SK Sentul 2 sendiri.

Monday, January 6, 2014

ANUGERAH CEMERLANG PPW SENTUL

Pada 18 Dis 2013 Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul (PPW Sentul) telah menganugerahkan 5 pencapaian terbaik kepada SK Sentul 2 yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan PPW Sentul, Cik Hajah Nik Ramas Binti Nik Wan atas pencapaian cemerlang UPSR 2013 baru-baru ini. Anugerah ini telah diterima oleh Guru Besar Pn Siti Awa Jamil.

Anugerah yang diterima oleh SK Sentul 2 adalah :

1:   ANUGERAH SEKOLAH HARAPAN UPSR 2013
      Kategori Sekolah Kebangsaan - TEMPAT PERTAMA

2:   ANUGERAH PENINGKATAN PERATUS LULUS TERBAIK UPSR 2013
      Kategori Sekolah Kebangsaan

3:   ANUGERAH PENINGKATAN GRED PURATA MATAPELAJARAN UPSR 2013
      PENINGKATAN GPMP SAINS SEKOLAH KEBANGSAN

4:   ANUGERAH PERSATUAN IBUBAPA & GURU (PIBG) CEMERLANG SESI 2012-2013
      Peringkat Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul

5:   ANUGERAH KHAS TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN


Sunday, January 5, 2014

KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR 2013

Pelajar-pelajar Tahun 6 SK Sentul 2 telah mencipta sejarahnya yang tersendiri sejak penubuhan sekolah pada tahun 1986 dengan pencapaian terbaik keputusan peperiksaan UPSR dengan 17 pelajar mendapat "5A". Peningkatan sebanyak 103% jika dibandingkan dengan tahun lalu dengan peratus lulus 82%. Syabas dan tahniah kepada semua guru SK Sentul 2 yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan cemerlang pelajar-pelajar SK Sentul 2.

Buat pertama kalinya SK Sentul 2 juga berjaya mencipta rekod dengan mengatasi pencapaian jirannya dari segi jumlah pelajar yang mendapat 5A di mana hanya 12 pelajar sekolah jiran mendapat 5A berbanding 27 orang tahun lepas.

Syabas kepada pelajar-pelajar yang menjadi sebahagian daripada sejarah yang tercipta terdiri daripada :

1:   Awatif Binti Latif
2:   Shahmi Aiman
3:   Khairunissa bt. Khairul Nizam
4:   Melissa Syahirah bt. Zainal
5:   Mohamad Anis Akmal b. Saharudin
6:   Muhammad Afiq bin Azmi
7:   Muhammad Haikal Irfan b. Mohd Hamidy
8:   Muhammad Nur Atiff b. Mohd Ismail
9:   Muhammad Ridhwan bin Romy Iskandar
10: Muhammad Ridhwan bin Roslan
11: Muhammad Zikril Haqiem bin Ibrahim
12: Nur Afifah Afiqah bt. Mohd Zailani
13: Nur Aina bt. Che Zuhar
14: Nur Alya Syafiqah bt. Hussin
15: Rauda Tuljannah bt. Rudzali
16: Tengku Ahmad Afif Irfan bin Tengku Ahmad Afifi
17: Muhammad Firdaus b. E. Suasono
Pihak sekolah juga menerima kunjungan mengejut daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan iaitu En Abdullah Bin Mad Yunus yang datang melawat ke sekolah secara bersendirian. Pn Siti Awa dan En Azman telah memberi sedikit taklimat pada tuan Pengarah tentang usaha-usaha yang telah di buat oleh pihak sekolah untuk menlonjakkan prestasi pencapaian UPSR pada tahun ini.

Beliau juga berkesempatan di bawa melawat ke Bilik Gerakan PIBG dan AJK PIBG Pn Ellysa Zainal berpeluang memberi penerangan tentang peranan PIBG dalam menyokong sekolah mencapai kecermerlangannya. 

Gambar kenangan bersama Pengarah Pendidikan dari kiri En Azman Bin Mohd Razali GPK T&K, En Abdullah Mad Yunus Pengarah JPNWP, Pn Siti Awa Jamil Guru Besar & En Zainin Bin Johari GPK HEM





















Pn Ellysa sedang memberi penerangan kepada Pengarah En Abdulah  tentang program yang telah dilakukan oleh PIBG




PENGORBANANMU DISANJUNG, JASAMU DIKENANG

Program ini adalah program santai antara Guru-guru SK Sentul 2 bersama PIBG kendalian PIBG dengan kerjasama Kelab Staff Sekolah SK Sentul 2 (KSS) yang berlangsung di Agrotek Garden Resort di Hulu Langat, Selangor DE pada 27 Okt 2013.

Beberapa ibubapa pelajar Tahun 6 telah mengusulkan agar di buat satu penghargaan khas di atas pengorbanan guru-guru SK Sentul 2 yang berusaha menjayakan Program 1 Tujuan 1 Matlamat. Program cetusan idea GPK 1-En Azman ini menyaksikan pelajar-pelajar Tahun 6 telah dikuarentinkan selama 14 jam sehari pada hari Sabtu dan Ahad selama 4 hari sebagai persediaan terakhir menhadapi peperiksaan UPSR. Ianya diadakan pada 24-25 Ogos dan 7-8 Sep 2013 di sekolah.Semua guru-guru SK Sentul 2 secara sukarela telah terlibat dalam membantu mengajar pelajar-pelajar mereka membuat ulangkaji dan latih tubi di mana 25 orang guru terlibat secara langsung mengajar 5 matapelajaran.



Atas pengorbanan tidak terhingga guru-guru yang menginginkan pelajar-pelajar SK Sentul 2 berjaya dalam peperiksaan UPSR, En Zailani (NYDP) telah mengusulkan satu program santai sifatnya diadakan di Agrotek Garden Resort. Hampir 70% guru-guru telah hadir. Syabas pada semua guru-guru SK Sentul 2 dan Ibubapa SK Sentul 2 amat menghargai jasa mereka.

Monday, October 28, 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 26

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke 26 Sekolah Kebangsaan Sentul 2 telah berjaya dilangsungkan pada 26 Okt 2013. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En Amilludin Bin Latip, Setiausaha Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Pada Kejohanan kali ini Rumah Biru telah menjadi Johan Keseluruhan dengan jumlah mata xxx manakala Olahragawan disandang oleh Adik xxx dan Olahragawati jatuh pada Adik xxx. Perbarisan terbaik dimenangi oleh Rumah xxx yang diadili oleh En Amilludin, Pn Siti Awa dan En Zailani.


PROGRAM QURBAN ADILADHA

Program Qurban Aidiladha yang julung kali yang dianjurkan oleh PIBG dengan kerjasama Sekolah diadakan pada 16 Okt 2013 / 11 Zulhijrah 14xx berlangsung diperkarangan sekolah. Program ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - SARANA IBUBAPA yang sedang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan dengan penyertaan seramai 8 peserta dari kalangan guru-guru dan 6 peserta dari kalangan ibubapa dengan sumbangan Rm450 untuk satu bahagian. Mereka terdiri daripada :

1:  Pn Siti Awa Jamil   -  1 bahagian
2:  En Azman Mohamad Razali   -  1 bahagian
3:  Ust Hasan Basri Samion   -  1 bahagian
4:  Pn Nurul Aida Zakaria   -  1 bahagian
5:  Cik Siti Nor Ain Zainal   -  1 bahagian
6:  En Mohd Yusmizam Mat Yusof   -  1 bahagian
7:  Ust Nik Azamlishah Wan Hussin   -  1 bahagian
8:  Hjh Saadah Ismail & Keluarga   -  6 bahagian (mantan Guru SKS 2)
9:  Pn Ku Norhayati Imam Asmawi   -  1 ekor
10:  En Azli Azman & Keluarga   -  4 bahagian
11:  En Mohd Zailani Mohammed Nor   -  1 bahagian
12:  Tengku Ahmad Afifi Tengku Mohamed   -  1 bahagian
13:  Pn Shahrani Hassan   -  1 bahagian
14:  En Zulkipli Hj Mohd Shaarif   -  1 bahagian

Program Qurban ini mendapat kerjasama penuh dari PULAPOL dengan penyertaan seramai 13 anggota yang membantu untuk melapah lembu dan pihak Masjid Al-Hidayah, Sentul yang memberikan khidmat nasihat dan pinjaman beberapa-beberapa peralatan. Di samping itu 52 orang ibubapa telah memberi persetujuan untuk hadir membantu menjayakan Qurban ini.

Program cetusan idea daripada En Zainin GPK HEM yang bermula pukul 8 pagi ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya malah ianya dapat disempurnakan sekitar pukul 10:30 pagi lebih awal daripada jangkaan awal. Seramai 60 daripada 100 orang pelajar miskin yang hadir telah menerima 1 kg daging setiap orang.