Sunday, December 23, 2012

PROGRAM MOTIVASI - SMARTSTUDY


Pada 28 Jul 2012 (Sabtu) pihak sekolah mengadakan Program Motivasi untuk pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Program seharian ini di jalankan pada bulan puasa di dewan sekolah dan seramai 88 pelajar yang hadir.

Program Motivasi SmartStudy ini mendedahkan pelajar-pelajar tentang Teknik Belajar , Gaya Belajar dan Pengurusan Masa.

Apa kata mereka :

“Saya suka SmartStudy ini kerana dia amat berkesan atas pembelajaran”
Nurul Nabila Musliadi – 6 Arif

“Aktiviti ini sangat menyeronokkan. Ia belajar sambil ketawa. Banyak ilmu yang saya dapat. Saya harap program SmartStudy dapat dilakukan lagi.”
Nurul Faqihah Zakiyah – 6 Arif


“Penceramah pandai memberi motivasi dan pandai untuk menyegarkan mata saya sepanjang motivasi. Saya amat suka cara penceramah memberi maklumat. Beliau pandai untuk membuat lawak dalam belajar.”
Tiara Purnama Syafiqah Mohd Faizal – 6 Bestari

“SmartStudy sangat seronok dan saya yakin untuk mendapat keputusan cemerlang. Lain kali jika ada datanglah lagi.”
Siti Hajar Mohd Hamidy – 6 Bestari

“Pada pandangan saya, program ini telah berjaya membantu saya untuk mengurus masa dengan lebih baik berbanding dahulu. Saya juga telah mempraktikkannya dan hasilnya sangat baik. Program ini juga telah memenuhi masa lapang saya pada bulan puasa ini daripada duduk di rumah.”
Novi Ma’rifatu Dayyana – 6 Bestari

“Program yang telah dijalankan amat menyeronokkan. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan saya.”
Nur Natasya Amir Sobri – 6 Cekap