Sunday, June 1, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Buat julung kalinya Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dikendalikan sepenuhnya oleh PIBG Ibubapa yang berlangsung pada 27 Mei 2014. Terima kasih pada Guru Besar Pn Siti Awa kerana memberi kepercayaan penuh pada PIBG Ibubapa untuk merancang dan melaksanakan sambutan pada tahun ini serta memilih calon guru untuk Anugerah Guru 2014.

Aturcara sambutan dibahagikan pada 2 segmen iaitu Sukaneka dan persembahan Guru. Acara pertama Sukaneka dimulai dengan guru-guru dikehendaki membuat arca Jambatan Putrajaya @ Kapal @ Menara KLCC @ Kipas daripada nenas kemudian acara Menghiasi Kek. Disusuli pula acara Bowling Kelapa dan Pakaian Beragam daripada bahan kitar semula dengan setiap kumpulan guru dikehendaki memperagakan sebagai seorang Nenek Kebayan dan Pak Tani.

Persembahan Guru menyaksikan guru-guru lelaki mempersembahkan Dikir Barat yang diketuai oleh Cikgu Wan Ahmad Nazri sebagai tukang karotnya. 

Manakala guru-guru wanita pula mempersembahan nyanyian lagu medley yang diterajui oleh Cikgu Suweibah dan Pn Siti Rafidah. Pelajar-pelajar lelaki turut menghiburkan guru-guru mereka dengan persembahan nyanyian lagu Nasyik dan persembahan Boria oleh pelajar perempuan.


Beberapa Anugerah Khas telah dinilai oleh para pentadbir sekolah dan di menangi oleh :

1:   ANUGERAH PERSEDIAAN BUKU REKOD TERBAIK
      >>  Pn Norazwa
      >>  Pn Noormasila

2:   ANUGERAH PAPAN BULETIN
      >>  LINUS - Pn Norazwa
      >>  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM - Pn Siti Hajar

3:   ANUGERAH BUKU REKOD KEDATANGAN TERBAIK
      >>  Pn Isrizai
      >>  Pn Rozita

4:   ANUGERAH GURU PALING POPULAR
      >>  En Rizal Hamsin

5.  ANUGERAH GURU PALING CERIA
     >>  Pn Noormasila
     >>  En Mohd Jundi

6.  ANUGERAH GURU PALING PENYAYANG
     >>  En Azamlishah
     >>  Pn Azizah

7.  ANUGERAH GURU PALING SPORTING
     >>  En Shahfulrizal
     >>  Pn Erna Yuliaty

8.  ANUGERAH GURU PALING KREATIF
     >>  En Rizal Hamsin
     >>  Pn Siti Hajar

9.  ANUGERAH GURU PALING TEGAS
     >>  En Wan Ahmad Nazri
     >>  Pn Marehan

10.  ANUGERAH STAF PEJABAT TERBAIK
       >> Pn Siti Rafidah

Bagi Anugerah Guru 2014 (menggantikan Tokoh Guru sebelumnya), pentadbir sekolah telah mencalonkan 6 orang guru untuk PIBG menilai dan membuat pemilihan terakhir. Mereka yang dicalonkan adalah :

1:   Pn Azizah Md Daud
2:   Pn Haziah Ab Rahim
3:   Pn Raja Rohaya Raja Berahim
4:   Pn Nur Sherryna Abdullah
5:   En Fadzil Chengring
6:   En Shahfulrizal Abdul Hamid


Berdasarkan biodata dan sisnopsis yang dibekalkan, Jawankuasa PIBG Ibubapa telah menganugerahkan ANUGERAH GURU 2014 pada En SHAHFULRIZAL ABDUL HAMID.