Thursday, August 29, 2013

KEHADIRAN MURID

KEHADIRAN 100% SETAKAT 31 JULAI 2013

1. NUR IRINE ARINNA HAIRUL ANUAR         - 1 BESTARI
2. DARWINA DANISYA ROZAIDI                     - 2 DEDIKASI
3. NOR AISHAH ABDULLAH                              - 2 ARIF
4. NUR EFFA IZZATI SHAHILA ABDULLAH     - 3 BESTARI
5. NURHIDAYAH SAIFUL BAHRI                        - 2 BESTARI
6. MUHAMMAD RIDWAN ROMY ISKANDAR - 6 ARIF
7. MUHAMMAD YAZID TAKIM                          - 6 ARIF
8. AZWANI AZIZ                                                   - 6 DEDIKASI
9. AZIRA AZIZ                                                        - 2 CERDAS
10. LIDIYA FAQIHAH FAZLI                                - 4 ARIF

Saturday, August 24, 2013

Program 1 TUJUAN 1 MATLAMAT

Program 1 Tujuan 1 Matlamat adalah usaha bersungguh-sungguh dan berterusan pihak sekolah sebagai persediaan terakhir kepada pelajar-pelajar Tahun 6 SK Sentul 2 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR 2013 yang berbaki 3 minggu lagi. Ianya bertujuan melonjakkan prestasi sekolah dengan keputusan yang lebih cemerlang dibandingkan tahun-tahun sebelumnya.
 
Mereka akan dikuarentinkan selama 14 jam sehari selama 4 hari pada hari Sabtu dan Ahad di sekolah bagi mengulangkaji pelajaran bersama guru-guru SK Sentul 2. Kesemua guru-guru terlibat memberi sokongan dalam program ini di mana 25 orang guru subjek akan terlibat secara langsung mengajar selama 4 hari. PIBG SK Sentul 2 akan membantu menanggung sebahagian kos makanan mereka.
 

 

Diterbitkan untuk GPK T&K

Saturday, August 10, 2013

KEBAKARAN DI KG CHUBADAK, SENTUL

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dilanda kedukaan pada 7 orang pelajar Sek Keb Sentul 2 apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran pada malam 1 Syawal ( 8 Ogos 2013 ) yang berlaku pada pukul 9:50 malam. Rumah pelajar-pelajar yang terbabit adalah :

1:  NURAINA BINTI MOHD YUSOF - 6 Cekap
2:  ALYSSA SOFEA BINTI AZYAJIK - 4 Arif
3:  ALIFF NAJMEE BIN AZYAJIK - 3 Arif
4:  MUHAMMAD SHUHKRI BIN MOKHTAR - 4 Dedikasi
5:  NUR FAZILA SYAFILA BINTI ABDULLAH - 1 Arif
6:  MUHAMMAD DANIAL IMRAN IRSHAD BIN MOHD RAZI - Pra Sekolah
7:  NUR SUHADA ALISA BINTI ZAINUDDIN - Pra Sekolah

Keratan akhbar Kosmo
Keratan akhbar Sinar Harian

Api sedang marak memusnahkan rumah pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 pada malam pertama Hari Raya Aidilfitri

Kemusnahan yang dapat dilihat pada keesokkan harinya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa yang mengakibatkan penduduk-penduduk hilang segala-galanya dan tinggal sehelai sepinggang.

Pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 yang ditempatkan sementara di Pusat Komuniti Bandar Baru Sentul. Dari kiri Nuraina, Aliff Najmee, Alyssa Sofea, Muhammad Shuhkri dan Nur Fazila Syafila.
Pihak sekolah merakamkan simpati dan amat dukacita terhadap kejadian yang menimpa pada keluarga pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 khususnya dan penduduk-penduduk Kg Cempedak amnya. Kepada warga Sentul yang ingin membantu meringankan beban keluarga pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 bolehlah menyalurkan apa-apa bentuk bantuan samada bantuan pakaian harian, kelengkapan pakaian sekolah mahupun kewangan, boleh disalurkan melalui GPK HEM - En Zainin ataupun PIBG Sek Keb Sentul 2.


Diterbitkan oleh PIBG

Thursday, August 8, 2013

Taman Mini

Setelah sekian lamanya, Taman Mini telah dibaikpulih. Pusat Pakaian Hari-Hari telah menaja sebanyak Rm5,000 kos untuk membaikpulih Taman Mini tersebut. Terima kasih kepada mantan AJK PIBG Sek Keb Sentul 2 sesi 2012/13 En Amilludin kerana berjaya mengusahakan dan menhidupkan kembali Taman Mini walaupun penglibatan beliau dengan PIBG amat singkat.

Wajah baru Taman Mini setelah dibaikpulih
 Kini kedatangan para pelajar akan disambut dengan penuh keceriaan di pintu masuk sekolah dengan deruman air terjun yang mengasyikkan.

Sebelum dibaikpulih

Monday, August 5, 2013

Tender Kantin

SK Sentul 2 sedang menawarkan tender untuk  kantin dan kedai buku sekolah. Kepada sesiapa yang berkelayakan dan berminat sila datang ke pejabat untuk mendapatkan borang atau berurusan terus dengan En. Zainin bin Johari PK HEM.




Di terbitkan oleh HEM.