Sunday, June 1, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Buat julung kalinya Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dikendalikan sepenuhnya oleh PIBG Ibubapa yang berlangsung pada 27 Mei 2014. Terima kasih pada Guru Besar Pn Siti Awa kerana memberi kepercayaan penuh pada PIBG Ibubapa untuk merancang dan melaksanakan sambutan pada tahun ini serta memilih calon guru untuk Anugerah Guru 2014.

Aturcara sambutan dibahagikan pada 2 segmen iaitu Sukaneka dan persembahan Guru. Acara pertama Sukaneka dimulai dengan guru-guru dikehendaki membuat arca Jambatan Putrajaya @ Kapal @ Menara KLCC @ Kipas daripada nenas kemudian acara Menghiasi Kek. Disusuli pula acara Bowling Kelapa dan Pakaian Beragam daripada bahan kitar semula dengan setiap kumpulan guru dikehendaki memperagakan sebagai seorang Nenek Kebayan dan Pak Tani.

Persembahan Guru menyaksikan guru-guru lelaki mempersembahkan Dikir Barat yang diketuai oleh Cikgu Wan Ahmad Nazri sebagai tukang karotnya. Manakala guru-guru wanita pula mempersembahan nyanyian lagu medley yang diterajui oleh Cikgu Suweibah dan Pn Siti Rafidah. Pelajar-pelajar lelaki turut menghiburkan guru-guru mereka dengan persembahan nyanyian lagu Nasyik dan persembahan Boria oleh pelajar perempuan.

Beberapa Anugerah Khas telah dinilai oleh para pentadbir sekolah dan di menangi oleh :

1:   ANUGERAH PERSEDIAAN BUKU REKOD TERBAIK

2:   ANUGERAH PAPAN BULETIN

3:   ANUGERAH BUKU REKOD KEDATANGAN TERBAIK

4:   



Bagi Anugerah Guru 2014 (menggantikan Tokoh Guru sebelumnya), pentadbir sekolah telah mencalonkan 6 orang guru untuk PIBG menilai dan membuat pemilihan terakhir. Mereka yang dicalonkan adalah :

1:   Pn Azizah Md Daud
2:   Pn Haziah Ab Rahim
3:   Pn Raja Rohaya Raja Berahim
4:   Pn Nur Sherryna Abdullah
5:   En Fadzil Chengring
6:   En Shahfulrizal Abdul Hamid





Berdasarkan biodata dan sisnopsis yang dibekalkan, Jawankuasa PIBG Ibubapa telah menganugerahkan ANUGERAH GURU 2014 pada En SHAHFULRIZAL ABDUL HAMID.

Tuesday, April 1, 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PUSAT SUMBER 2014

INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA, SABAK BERNAM
28 - 30 MAC 2014































Tahniah kepada Guru Besar,GPK HEM En.Zainin. Kredit kepada semua guru yang melibatkan diri, YDP PIBG En.Zulkipli, Guru Disiplin En. Khairul, Penyelaras PSS Pn. Azizah, Pembimbing Kerohanian Us.Hasan Basri dan Kaunselor SKS2 Pn. Norhazlina.

Friday, March 7, 2014

LATIHAN KEBAKARAN FASA 1

       5 MAC 2014 RABU JAM 9.30 PAGI

api!!!!!!api!!!!!!apiiiiiiiiiii
 kak tak lari ke? apiiiiii......
 cepat weiii....api...apiiii
 ni je ke yang selamat??
 adoiii aiiii kaki aku.....
 kita cek kat dalam ada yang hangus tak...
 Alhamdulillah semua ada...
 Semua selamat......legaaaaa
 cepat weiiii cepat...selamatkan diri
 alamak....tak takut terbakar ke
 nasib baik kita selamatkan diri kita kan....
 cikgu....ada ke budak kita yang hilang?
 bagusssss....jalan elok-elok
 nak lari kemana wei....
 jommmm.....
 hehe.....he...
anak murid saya semua ada....

Sunday, March 2, 2014

PROGRAM KHALIFAH

Pada 22-23 Feb 2014 seramai 13 pelajar-pelajar Tahun 6 SK Sentul 2 menghadiri Program Khalifah atas usaha PIBG yang ditaja oleh Yayasan Bank Rakyat dan DBKL di bawah Projek e-Bandar Raya. Program motivasi 2 hari ini diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Terdapat 6 Bengkel Bistari yang di persembahkan pada pelajar-pelajar :
1-   PEMBINAAN KUMPULAN TERHEBAT
2-   MEMBINA MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR CEMERLANG
3-   CABARAN & RINTANGAN SEORANG PE;AJAR
4-   KEJAYAAN PASTI DI HADAPAN
5-   ENGKALAH MADU ENGKAULAH RACUN
6-   DI BAWAH LEMBAYUNG KASIH IBU AYAH

Pelajar yang mengikuti Program Khalifah adalah :
1-   NOR DINA SYAMIZA BT AZMI - 6 Cekap
2-   SHARIFAH AIN HANNANI - 6 Cekap
3-   AISYAH AZ-ZAHRA BT ZULKIPLI - 6 Arif
4-   ABDUL AZHAD B MOHD HISHAM - 6 Cekap
5-   ESTER ADIB FAHIM - 6 Bestari
6-   MUHAMMAD AFIQ IKMAL - 6 Dedikasi
7-   SITI NOR FATIMAH ZAHARA - 6 Bestari
8-   NURIN FATIN BINTI HASWALI - 6 Bestari
9-   NOOR MAYSARAH BT HALIMUDDIN - 6 Bestari
10- NOOR ZAIDATUL AMANI - 6 Arif
11- NUR BALQIS BT MOHD NAZRI - 6 Arif
12- AMIRUL NAZREEN B MURAD - 6 Bestari
13- NUR AIMAN BT HASSAN - 6 Arif


Tonton slide bergambar Program Khalifah 


Friday, February 14, 2014

CANDID

Orang kata saya hensem....hehehe...

Tulis sini....elok-elok tau....

Uncle nak lalu.....

Tengok kiriiii

Ala canggung la canggung....

Nak tulis wassap jap...

Dengan ini saya merasmikan......

Tak ada wassap pun......ishhh

woiiiii.....ada orang ambik gambar kita

Ohhhh....ho...ohhh pilunya hati....

Hahahaha.....

Sofea...nanti jadi cikgu cama ayah ye..

Cindai la mana tidak berkias.......

Hahaha....pandai akak tulis....

Cepatkan jodohku...aminnnnn