Saturday, August 10, 2013

KEBAKARAN DI KG CHUBADAK, SENTUL

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dilanda kedukaan pada 7 orang pelajar Sek Keb Sentul 2 apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran pada malam 1 Syawal ( 8 Ogos 2013 ) yang berlaku pada pukul 9:50 malam. Rumah pelajar-pelajar yang terbabit adalah :

1:  NURAINA BINTI MOHD YUSOF - 6 Cekap
2:  ALYSSA SOFEA BINTI AZYAJIK - 4 Arif
3:  ALIFF NAJMEE BIN AZYAJIK - 3 Arif
4:  MUHAMMAD SHUHKRI BIN MOKHTAR - 4 Dedikasi
5:  NUR FAZILA SYAFILA BINTI ABDULLAH - 1 Arif
6:  MUHAMMAD DANIAL IMRAN IRSHAD BIN MOHD RAZI - Pra Sekolah
7:  NUR SUHADA ALISA BINTI ZAINUDDIN - Pra Sekolah

Keratan akhbar Kosmo
Keratan akhbar Sinar Harian

Api sedang marak memusnahkan rumah pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 pada malam pertama Hari Raya Aidilfitri

Kemusnahan yang dapat dilihat pada keesokkan harinya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa yang mengakibatkan penduduk-penduduk hilang segala-galanya dan tinggal sehelai sepinggang.

Pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 yang ditempatkan sementara di Pusat Komuniti Bandar Baru Sentul. Dari kiri Nuraina, Aliff Najmee, Alyssa Sofea, Muhammad Shuhkri dan Nur Fazila Syafila.
Pihak sekolah merakamkan simpati dan amat dukacita terhadap kejadian yang menimpa pada keluarga pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 khususnya dan penduduk-penduduk Kg Cempedak amnya. Kepada warga Sentul yang ingin membantu meringankan beban keluarga pelajar-pelajar Sek Keb Sentul 2 bolehlah menyalurkan apa-apa bentuk bantuan samada bantuan pakaian harian, kelengkapan pakaian sekolah mahupun kewangan, boleh disalurkan melalui GPK HEM - En Zainin ataupun PIBG Sek Keb Sentul 2.


Diterbitkan oleh PIBG

No comments:

Post a Comment