Sunday, January 6, 2013

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2013

Sesi persekolahan tahun 2013 telah bermula pada 2 Jan 2013 hari Rabu. Seramai 79 pelajar Tahun Satu yang berdaftar telah memulakan persekolahan dengan sejumlah 634 pelajar hadir pada hari pertama persekolahan.

Pelajar-pelajar Tahun Satu telah dipecahkan kepada 4 kelas iaitu 1 Arif-20 pelajar, 1 Bestari-20 pelajar, 1 Cekap-20 pelajar dan 1 Dedikasi-19 pelajar. Pada tahun ini dapat disaksikan yang pelajar-pelajar tahun satu dapat menyesuaikan diri mereka dengan suasana baru di sekolah jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya di mana ramai pelajar menangis bila ibubapa mereka meninggalkan mereka di sekolah.


Pelajar-pelajar berhimpun di Tapak Perhimpunan

Cikgu Shahful sedang memberi penerangan kepada semua pelajar-pelajar .










Ade sesuatu yang menggelikan hati ibubapa melihatkan gelagat anak mereka
di dalam kelas di hari pertama persekolahan.
Pn Siti Awa dan En Zainin sedang memerhati pelajar-pelajar
berjalan menuju ke kelas masing-masing di hari pertama
persekolahan.
Pelajar-pelajar sedang tekun mendengar penerangan daripada  Cikgu Yus



GAMBAR SEKITAR HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

No comments:

Post a Comment