Sunday, January 5, 2014

KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR 2013

Pelajar-pelajar Tahun 6 SK Sentul 2 telah mencipta sejarahnya yang tersendiri sejak penubuhan sekolah pada tahun 1986 dengan pencapaian terbaik keputusan peperiksaan UPSR dengan 17 pelajar mendapat "5A". Peningkatan sebanyak 103% jika dibandingkan dengan tahun lalu dengan peratus lulus 82%. Syabas dan tahniah kepada semua guru SK Sentul 2 yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan cemerlang pelajar-pelajar SK Sentul 2.

Buat pertama kalinya SK Sentul 2 juga berjaya mencipta rekod dengan mengatasi pencapaian jirannya dari segi jumlah pelajar yang mendapat 5A di mana hanya 12 pelajar sekolah jiran mendapat 5A berbanding 27 orang tahun lepas.

Syabas kepada pelajar-pelajar yang menjadi sebahagian daripada sejarah yang tercipta terdiri daripada :

1:   Awatif Binti Latif
2:   Shahmi Aiman
3:   Khairunissa bt. Khairul Nizam
4:   Melissa Syahirah bt. Zainal
5:   Mohamad Anis Akmal b. Saharudin
6:   Muhammad Afiq bin Azmi
7:   Muhammad Haikal Irfan b. Mohd Hamidy
8:   Muhammad Nur Atiff b. Mohd Ismail
9:   Muhammad Ridhwan bin Romy Iskandar
10: Muhammad Ridhwan bin Roslan
11: Muhammad Zikril Haqiem bin Ibrahim
12: Nur Afifah Afiqah bt. Mohd Zailani
13: Nur Aina bt. Che Zuhar
14: Nur Alya Syafiqah bt. Hussin
15: Rauda Tuljannah bt. Rudzali
16: Tengku Ahmad Afif Irfan bin Tengku Ahmad Afifi
17: Muhammad Firdaus b. E. Suasono
Pihak sekolah juga menerima kunjungan mengejut daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan iaitu En Abdullah Bin Mad Yunus yang datang melawat ke sekolah secara bersendirian. Pn Siti Awa dan En Azman telah memberi sedikit taklimat pada tuan Pengarah tentang usaha-usaha yang telah di buat oleh pihak sekolah untuk menlonjakkan prestasi pencapaian UPSR pada tahun ini.

Beliau juga berkesempatan di bawa melawat ke Bilik Gerakan PIBG dan AJK PIBG Pn Ellysa Zainal berpeluang memberi penerangan tentang peranan PIBG dalam menyokong sekolah mencapai kecermerlangannya. 

Gambar kenangan bersama Pengarah Pendidikan dari kiri En Azman Bin Mohd Razali GPK T&K, En Abdullah Mad Yunus Pengarah JPNWP, Pn Siti Awa Jamil Guru Besar & En Zainin Bin Johari GPK HEM





















Pn Ellysa sedang memberi penerangan kepada Pengarah En Abdulah  tentang program yang telah dilakukan oleh PIBG




No comments:

Post a Comment