Sunday, January 5, 2014

PENGORBANANMU DISANJUNG, JASAMU DIKENANG

Program ini adalah program santai antara Guru-guru SK Sentul 2 bersama PIBG kendalian PIBG dengan kerjasama Kelab Staff Sekolah SK Sentul 2 (KSS) yang berlangsung di Agrotek Garden Resort di Hulu Langat, Selangor DE pada 27 Okt 2013.

Beberapa ibubapa pelajar Tahun 6 telah mengusulkan agar di buat satu penghargaan khas di atas pengorbanan guru-guru SK Sentul 2 yang berusaha menjayakan Program 1 Tujuan 1 Matlamat. Program cetusan idea GPK 1-En Azman ini menyaksikan pelajar-pelajar Tahun 6 telah dikuarentinkan selama 14 jam sehari pada hari Sabtu dan Ahad selama 4 hari sebagai persediaan terakhir menhadapi peperiksaan UPSR. Ianya diadakan pada 24-25 Ogos dan 7-8 Sep 2013 di sekolah.Semua guru-guru SK Sentul 2 secara sukarela telah terlibat dalam membantu mengajar pelajar-pelajar mereka membuat ulangkaji dan latih tubi di mana 25 orang guru terlibat secara langsung mengajar 5 matapelajaran.



Atas pengorbanan tidak terhingga guru-guru yang menginginkan pelajar-pelajar SK Sentul 2 berjaya dalam peperiksaan UPSR, En Zailani (NYDP) telah mengusulkan satu program santai sifatnya diadakan di Agrotek Garden Resort. Hampir 70% guru-guru telah hadir. Syabas pada semua guru-guru SK Sentul 2 dan Ibubapa SK Sentul 2 amat menghargai jasa mereka.

No comments:

Post a Comment